PROGRAM CASHLESS SOCIETY @NADI KAMPUNG GEDONG
29 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2025 Ahad, NADI Sebandi Ulu telah diberi peluang untuk sama-sama memeriahkan Program Cashless Society yang telah berlangsung di NADI Gedong. Program ini juga turut mendapat penglibatan bersama daripada NADI – NADI dibawah Kluster Asajaya & Simunjan. Agensi-agensi seperti AKPK, UNIFI, BANK ISLAM, MAYBANK, BANK NEGARA, SPAY GLOBAL, AEON BANK, MRIC HEALTHCARE, TABUNG HAJI turut serta dalam program kali ini bagi memberi info dan penerangan berkaitan khidmat bayaran tanpa tunai kepada pengunjung dan lain-lain manfaat. Kemeriahan program kali ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen P200 Batang Sadong iaitu YB Puan Rodiyah binti Sapiee. Selain itu, program juga turut dihadiri oleh pihak MCMC yang diketuai oleh Pengarah MCMC Pejabat Wilayah Sarawak Tuan Adiman Ajem, Pengarah MCMC Cawangan Kuching Encik Ts Scott Kueh Sui Yek dan kakitangan MCMC Cawangan Kuching.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Sukaneka Rakyat, Jualan Rahmah, Pertandingan Mobile Legends, Pertandingan Mewarna, Cabutan Bertuah dan lain-lain aktiviti bagi menambah keceriaan program. Bagi memanfaatkan peluang ini, pihak NADI turut memainkan peranan untuk mempromosikan Smart Services yang ditawarkan di premis NADI. Antara promosi yang telah diketengahkan ialah pendaftaran MyDigital ID, Saringan Kesihatan dan Cashless Society – penerangan kaedah pembayaran menggunakan QR code. Semoga dengan kerjasama diantara NADI seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan NADI yang terdapat disekitar Asajaya & Simunjan dan seterusnya memberi impak positif kepada komuniti.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pameran Agensi
- Pendaftaran MyDigital ID
- Saringan Kesihatan dan Cashless Society
- Sukaneka Rakyat & Cabutan Bertuah
- Jualan Rahmah
- Taklimat Usahawan
- Pertandingan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: