NADI X SKILLFORGE - MAHIR AGRI PINTAR – PENGURUSAN TANAMAN
11 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2025 – Rabu, bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas NADI X-Skillforge Mahir Agri Pintar telah berjaya diadakan secara dalam talian. Tajuk pada kali ialah Pengurusan Tanaman - Semaian Benih. Kandungan pembelajaran yang diketengahkan pada kali ini ialah teknik semaian biji benih fertigasi, rumah semaian, pemindahan anak pokok, kaedah menyulam, pengairan dan pelbagai lagi. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta dan salah seorang daripadanya ialah pengurus NADI Sebandi Ulu iaitu Encik Abdul Karim Samsudin. Semoga ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat kepada mereka dan dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembelajaran secara maya
- Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: