dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2025 Ahad, Seluruh NADI di Malaysia telah mengadakan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI. Program ini julung kali diadakan semenjak penubuhan NADI Malaysia dengan penglibatan Menteri Komunikasi YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Bagi merancakkan lagi program, NADI Sebandi Ulu telah menggerakkan pelbagai aktiviti bagi memastikan tarikan kepada pengunjung berada pada tahap optimum. Diantara aktiviti yang telah dijalankan turut melibatkan perkhidmatan pintar seperti Mydigital ID, Saringan Kesihatan, E-sport, Studio Sihat, Siaran Ulangan Kemerdekaan, Wayang Pacak Sarjan Hassan, Sesi Live bersama YB Menteri dan pelbagai aktiviti yang menarik dibawah perlaksanaan NADI-2U. Pihak NADI Sebandi Ulu amat berbangga dan berterima kasih diatas komitmen yang diberikan. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia.

Intipati program adalah seperti berikut:

  • Pembelajaran secara maya
  • Aktiviti 4U & 2U
  • Live bersama YB Menteri
  • Penyampaian Hadiah dan Saguhati

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.