dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi 2u – Bantuan Kerajaan & Bantuan Pendahuluan Ke Ipta

26 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2025 Khamis, petugas NADI Sebandi Ulu telah membantu komuniti setempat yang memerlukan khidmat sokongan, konsultasi dan bantuan kerajaan seperti STR, SKAS, SARA, dan bantuan pendahuluan melanjutkan pengajian ke IPTA. Setiap kali kemasukan baharu ke IPTA kebiasaannya NADI Sebandi Ulu akan menerima kunjungan daripada ibubapa yang memiliki anak yang berjaya menempatkan diri ke IPTA untuk bertanyakan mengenai pendapat petugas mengenai tawaran kursus yang ditawarkan, kos pengajian, bantuan pendahuluan dan pelbagai lagi.

Pihak NADI Sebandi Ulu akan sentiasa memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada pengunjung demi memastikan perkara-perkara yang dibincangkan mendapat perhatian daripada pihak ketiga seperti Ahli Dewan Undangan Negeri & Ahli Parlimen setempat. Selain itu terdapat juga pengunjung disaat akhir masih berurusan dengan bantuan seperti STR, SKAS dan SARA turut mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak NADI akan memastikan apa saja permasalahan mereka akan diselesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan komuniti setempat.

Intipati aktivit adalah seperti berikut:
• Perbincangan dan konsultasi
• Semakan dalam talian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.