Program Kempen Internet Selamat Bersama 44 Buah Sekolah Daerah Simunjan, Sarawak
24 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2025 Selasa, NADI Sebandi Ulu telah memainkan peranan yang amat signifikan sesuai dengan keahliannya dalam NADI Kluster Asajaya & Simunjan. Ini kerana telah berjaya menyertai sekaligus menjayakan program Kempen Internet Selamat bersama pihak MCMC cawangan Kuching. Program kali ini telah berjaya menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau dengan mengumpulkan 44 buah sekolah yang terdapat disekitar daerah Simunjan. Dengan kehadiran para pelajar dan guru mencatatkan melebihi 300 orang, program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Balai Polis Simunjan dengan penyediaan slot ceramah bagi berkongsi pengalaman pihak polis berkaitan jenayah siber masa kini mengikut statistik PDRM. Diantara sekolah-sekolah yang turut serta pada program kali ini ialah seperti: SK Lubok Buntin, SK Tungkah Melayu, SK Sg Ladong, SK Kg Gumpey, SK Tanjung Pisang Selangkin, SK St Andrew, SK Segali, SK Gawang Empili, SK Raba, SK Tuanku Bagus, SK Kedumpai, SK Tebelu, SK Klait, SK Rajau Ensika, SK Sebuyau/Ensenggei, SK Tungkah Dayak dan banyak lagi.
Promosi berkaitan Smart Services yang ditawarkan di premis NADI turut diketengahkan sepanjang program berlangsung. Diantaranya ialah pendaftaran MyDigital ID, Saringan Kesihatan, Keusahawanan dan Cybersecurity. Kiosk keusahawanan turut disediakan bagi memeriahkan program dan sekaligus memberi semangat dan pendedahan kepada usahawan Bootcamp NADI Sebandi Ulu dan memberi peluang kepada usahawan mempromosikan perniagaan. Semoga dengan program seperti ini dapat memberi impak positif kepada komuniti terutamanya para pelajar
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pendaftaran kehadiran
• Promosi Smart Services
• Ceramah & Soal Jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: